Wednesday, July 16, 2014

Program MOREH PUISI DINIHARI 8 Meriah!

Berlansunglah sudah sebuah acara yang sungguh meriah.Dipetik daripada Facebook Dr Ibrahim Ghaffar - https://www.facebook.com/dribrahim.ghaffar

Assalamualaikum
Sahabat fb budiman
Muslimin/mat sekalian.

I
Setulus lafaz kesyukuran
Atas rahmat dan keberkatan
MOREH PUISI DINIHARI-8
Telah selamat disempurnakan
Dengan penuh kejayaan.

II
Sebagai Pengerusi Perlaksana
Saya ucapkan T.Kasih setingginya.
Kepada:-
- Semua penganjur bersama
- Tetamu Kenamaan
- Tokoh-tokoh yg diraikan
- Para Penyair/Penulis
- Budayawan/seniman
- UiTM/UKM/UPSI/MSU/UNISEL.
- Siswa/Siswi/MPP berkenaan
- Wakil-wakil Media
- Dan semua pehak yang memberikan sokongan dan kerjasama sehingga berjaya.

Kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama.
Terima kasih...terima kasih...



















Saturday, June 14, 2014

Mukadimmah. Seruan Untuk Berubah!


Assalam. Blog ini diwujudkan sebagai memanjangkan silaroturrahim di alam maya internet dan sosial media serta menghijrahkan kita memasuki alam siber sebagai wadah kesinambungan perjuangan karya-karya penulisan seterusnya.

Pelantar Sosial Media


Kita harus akui bahawasanya cara generasi mendatang membaca buku dan mencari ilmu-ilmu dalam bentuk penulisan telah berubah! Bagi penulis era generasi baru yang sudah terdidik dalam sistem alam siber, rasanya tidak lagi banyak mendatangkan masalah untuk berkarya dalam pelbagai pelantar sosial media, bahkan terus berinovasi sehingga boleh mendatangkan punca rezeki dalam media baru ini.

Sebaliknya bagi ramai yang masih merangkak untuk menghijrahkan diri memasuki alam siber ini sudah tentu memerlukan sedikit panduan untuk halatuju. Kita juga perlukan inovasi baru memperdagangkan karya-karya ini dan diharapkan dengan kerjasama yang dimeterai bersama Loonaq Sdn. Bhd., peneraju integrasi pemasaran sosial media dan internet termasuk berdagang dalam bentuk audio-visual dalam pelantar-pelantar digital, kita mampu memacugerak untuk terus berkarya.

Seniman Industri Kandungan


Kita sekarang berada di dalam sebahagian pemain industri kandungan, bukan lagi sebagai seniman yang berkarya demi sesuap nasi, tetapi sebagai seniman yang berjuang untuk melahirkan karya-karya terbaik. Kebanyakkan cara penulisan juga sudah berubah, bukan lagi dari mata pena sebaliknya suara kita kini diterjemah menerusi ketukan-ketukan jari di laptop, desktop, malah telefon bimbit yang dikatakan 'smart' tetapi tidak bermakna andai kita tidak 'smart'! Ayuhlah kita berubah...